BAB 11...

    Amirul Arshad melirik manja.Terbit senyuman nakal di bibirnya.Otaknya ligat memikir.

        ’Siapa yang boleh jayakan misi ni?’
        ’Siapa yang mampu nak tolong aku kenakan Shafia? Ermm’

Hatinya mula berbolak-balik.Antara nak dan tak nak. Shafia.Awak tunggu apa saya akan buat?

         ”Haih Abang.Senyum sorang-sorang nampak? Awak okay tak?”

Senyumannya segera mati.Alamak!! Shafia!!  Erkk..

         ”Abang,kita kahwin dah 2 minggu.Bila nak honeymoon?” aku kenapa?? Tiba-tiba tanya pasal honeymoon.Aduh!

         ”Honeymoon? Ermm..Bukan ke dalam bilik tu dah dikira honeymoon jugak?” senyuman nakal diberi sambil tangan ralit memintal rambut Shafia yang dilepaskan.Mata kami bertaut. ’Ya allah,tak tau malu betul suami aku ni.’

        ”Saya memang tak tau malu.Tapi dengan yang saya sayang je la.Hehe” Amirul tertawa sendiri. ’Macam mana dia tau apa yang aku cakap tadi? Musykil lak’

        ”Sebab tu kita berjodoh,sebab kita saling melengkapi.Tak gitu sayang?” lirikan manja dihadiahkan oleh Amirul.

        ”Bahaya awak ni.Silap hari bulan,saya kutuk awak,awak tau.Aishh”

        ”Awak kutuk saya? Sampai hati~” suaranya berubah dari manja kepada ala-ala merajuk.

Aku memeluk Amirul dari belakang.

        ”Awak ingat saya sanggup nak kutuk-kutuk awak? Awak takde sehari pun,saya dah boleh hilang kewarasan,inikan pulak nak buat awak merajuk tak tentu pasal,memang cari nahas la saya.” Aku membuat muka comel, ’Maafkan saya’

     CUPP! Aku dah tukar jadi patung.

         ”Hahaha.Awak ni.Kejang dah?? Tu baru cium pipi belum cium.............”

          Aku menjeling tajam. Hanya ketawa Amirul yang bergema di rumah kami. ’Boleh tak kalau aku cubit dia?’ Aku hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Amirul.Sehari kalau tak buat rumah ni bergema dengan ketawa dia tak sah.

******

        ”Sayang solat isyak jom!”     

Aku memandang tanpa riak.Kembali melakar design untuk assignment.Dahiku, aku picit perlahan

        ”Alaa kejap la.Tinggal la dulu assignment tu.Dah penat tu,jom solat dulu.Boleh refresh.Nanti saya tolong”

Dengan malas aku kemas barang yang berterabur atas meja.Aku diperhatikan Amirul dari tingkat atas.

        ”Ye la,saya kemas.Saya ambil wuduk dulu” aku menapak ke arah bilik air.Longlai.Penat la buat design.Keluhan berat dilepaskan. Aku keluar dari bilik air ,aku nampak  sejadah dah terbentang elok.

   ”Allahuakabar!” Takbir diangakat. Alunan Fatihah yang dialun Amirul sungguh syahdu.Bacaan Surah Al-Baqarah (ayat 261) sungguh membuatku hampir mengalirkan air mata,yang membawa maksud,

Artinya:
“Perumpaman orang-orang yang menafkahkan hartanya  mereka di jalan Allah adalah serupa dengan butir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir seratus biji. Allah (terus-menerus) melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas (kurniaNya) Lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Baqarah 261 )


      “Assalamualaikum warahmatullah.Assalamualaikum warahmatullah” salam terakhir yang diucap menyempuranakan solat kami.Doa yang dipohon agar diberi ketenangan dalam melakukan tugasan,membuat kan aku terpana.Usai membaca doa,aku menarik tangan Amirul,lalu mencium lembut. Amirul tersenyum.Rambut ku diusap perlahan.

     “Sayang kenapa?”

     “Saya minta maaf kalau ada salah saya pada abang.Mungkin saya terlalu fikir pasal design yang saya kena hantar sampai saya lupa abang sentiasa tunggu saya.Maafkan saya ye ?” aku berkata dalam sendu.

     “Eh,mana ada awak buat salah.Awak.Tapi kalau awak ada buat salah,saya dah maafkan lama dah.Jangan risau la” tangan Shafia ditarik dan digenggam erat. Ciuman lembut di dahi setelah usai solat tadi masih diingati oleh Amirul Arshad.Sedang asyik mengelamun baru perasan isteri tercinta dah tiada di sebelah.

     “Dah turun barangkali” lampu bilik dipadamkan.Niat untuk turun,then nak tolong Shafia buat assignment.

     “Sayang turun tak ajak abang pun..”

     “Abang berangan jauh sangat tadi.Tak nak la kacau lamunan abang.Lagipun kerja saya masih bertimbun.” Aku memandang Amirul kejap,seraya kembali membuat assignment.

     “Shafia,bukan ke saya dah pesan? Assignment hantar harini! Kenapa awak hantar semalam?” Amirul mebuat mimik muka lecturer yang mengajarnya dahulu,Puan Azrin.

     “Eh!! Tu lecturer Abang kan?? Kenapa letak nama saya?? Letak la nama Abang. A.M.I.R.U.L..Amirul.Haha tak pernah masuk Universiti pastu hantar assignment awal,tapi kena marah.Apa la lecturer awak tu” aku menahan diri daripada ketawa yang kuat.Cuba kawal.Nak ubah perangai.Sekurangnya cuba dari tak cuba langsung.

     “Mana awak tau pasal Puan Azrin ni?”

     “Saya ni ramai penyiasat untuk ikut kemana sahaja awak nak pergi.”

     “Salah seorang?”

     “Ejen rahsia saya.Mana boleh bagitau!”

     “Takpe tak nak bagitau.Nanti-nanti awak bagitau jugak..Betul tak?” Amirul menayangkan gigi.

     “Mungkin.50-50.Mungkin ya mungkin tak.” Aku dah mula menguap.Mata dah layu.

Amirul mendengus geram.Punggung diangkat.Bangun darisofa,menuju ke dapur.

     ‘Cari makanan la tu.Tak pun buat air.’

     “Nah! Saya buat air kopi o kaw punya.Minumla.Hilangkan awak punya menguap tu.”

     “Thank you.Ni yang jadi makin sayang ni!”

     “Awak sayang saya sebab air?? Tak patut” suara dileretkan.Aku sekadar tertawa.

     “Awak,awak tau tak apa beza saya dengan crush-crush awak masa zaman sekolah dulu?” Amirul bertanya.Cubaan membuat pickupline ke ni?

     “Sebab crush-crush saya sekadar crush,tapi awak mampu mengikat saya dengan kalimah ‘Aku terima nikahnya...”

    “Betul!! Alaa..Pickupline saya tak jadi” Amirul mempamerkan wajah sugul.

     “Tau tak pe!” merah muka suami aku ni.Malu ke bang?? Lepas buat pickupline tak jadi,Amirul menapak ke arah sofa dihadapan televisyen.

2 jam berlalu.Senyap.Hanya suara dari movie,Police Story kedengaran.Aku mencari kelibat Amirul.

    “Sayang lama lagi ke?” ayat yang dilontar Amirul membuatkan ku sedikit tersentak.Macam hantu la dia ni.Tiba-tiba kat belakang aku.Amirul dah menguap dengan kerap.Tanda bahawa dia dah mengantuk yang amat.

    “Lama jugak la.Kalau abang nak tidur,tidur la.Saya okay je sendirian kat bawah ni.”

    “Tak pe la..Abang teman sayang la.” Kepala dilabuhkan ke riba aku.

    “Abang tidur atas la.Sakit badan nanti” Buat penat je aku gerakkkan Amirul,tak nak bangun. Aku terdengar dengkuran halus.Comel la. Aku mengubah posisi duduk.Dari bersila ke berlunjur.Lenguh.Lenguh sebab dah 4 jam aku duduk dalam keadaan bersila tanpa mengubah posisi.

   Aku dalam dilema nak siapkan assignment dan design aku.Penat gila.Agak-agak Madam,terima tak hasil sketch aku? Entah jam berapa,aku terlena.

*****

    Bunyi burung berkicauan.Aku membuka mata perlahan.Dah siang ke? Aku memandang jam di dinding.7:00 pagi. Baru tujuh pagi.
What Amirul? Baru 7:00 pagi??? Cepat-cepat Amirul mengejutkan Shafia.

    “Sayang bangun..Nanti terlepas subuh!”

    “Awak la yang terlepas.Saya tak.” Aku kembali menyambung lena.

   ‘Aish..Cuti tak cakap.Dah la tak kejut aku’

    Amirul sempat menunaikan kewajiban terhadap Sang Pencipta.

    “Sayang! Kenapa tak kejut saya?”

    “Dah kejut,awak tak nak bangun.” Selamba aku menjawab.

Amirul mengerutkan dahi.Amirul melihat design yang direka Shafia.Wow! Impressive! Design tersebut kembali diletakkan ke dalam fail. Shafia lena dalam tidurnya.Amirul duduk di sebelah Shafia memerhati tingkah Shafia tika sedang terlena.Masuk kali ni sudah dua kali dia memerhati isterinya tidur. Sungguh menyerlahkan kecomelan Shafia yang sudah sedia comel saat sedang tidur. Dahi Shafia diraba perlahan.

Suhu okay.

So,not to worry.

     “Shafia..Bangun sayang.Kita breakfast kat luar.”

     “Haa?” dalam mamai Shafia menjawab.

     “Breakfast kat luar jom.”

 Dalam mamai Shafia bangkit menuju ke bilik air.Ngantuknya.Sesekali Shafia menguap.

“ARGHHHHHHHH!!!” jeritan Nur Shafia Syuhada memecah keheningan pagi.Amirul bergegas ke tingkat atas.

     “Sayang,okay tak?” tanya Amirul dengan nada cemas

     “Tak”

     “Sayang macam mana boleh jatuh?”

     “Tengah mamai.Hmm” suara aku sayu berkata..Tangan ligat memicit kaki yang sakit.

Amirul memapah aku ke katil.Memandang aku sayu.

     “Takpe la.Sikit je ni.Jangan la risau.”

     “Saya risau kan awak ni.Please jangan suruh saya jangan risau.Awak tengah cuti kan? Mana boleh jatuh! Hmm.Awak ni kan.Lain kali kalau nak jatuh tu,boleh tak bila saya ada kat sisi awak? Boleh la saya tolong,ini tak,time saya tak de baru nak jatuh,bila saya takde tak nak jatuh pulak.” Amirul pandang aku,aku pandang dia.Amirul menyambung kata.

     “Awak stay here,and don’t go anywhere.Saya nak cari brunch kejap.Boleh?”


    “Okay” aku mengangguk.Doktor,doktor.Sikit-sikit marah.Membebel.Dia ingat pesakit boleh sihat ke kalau banyak membebel macam ni.Geram aku tau tak?Aku menggeleng perlahan.Buku lali yang sedikit merah ku urut perlahan.Aku duduk berteleku atas katil.SENDIRIAN.

Comments

Popular posts from this blog